DOSA PENGHALANG KEHIDUPAN (3rd episode)

DOSA PENGHALANG KEHIDUPAN
InsyaAllah, pada episode kali ini penulis ingin menekankan mengenai dosa terhadap ibu bapa. Jika kita lihat pada masa kini, ramai anak-anak yang membiarkan ibu bapanye sunyi di kampung-kampung. Disebabkan kesibukan kerje dan tempat tinggal yg jauh, mereka jarang melawat ibu bapanye di kampung-kampung. Mereka seolah-olah lupa pada jasa ibu bapa yang telah mebesarkan mereka, yang telah banyak berkorban untuk melihat mereka berjaya. Jika kita imbas kembali saat-saat kita dilahirkan, betapa gembiranya ibu bapa kita menyambut kedatangan kita. Di berinya kita nama yang baik-baik agar menjadi insan yang terbaik. Pada masa itu, ibu bapa kite terpaksa melayan banyak kerenah kita, di tengah-tengah malam kita menangis, si ibu yang walaupun penat tetap bangun menyusukan anaknye. Si ayah juga turut berjaga menemankn si ibu walaupun si ayah terpaksa bekerja di keesokkn paginya. Adakah kita ingat semua jasa mereka ini. Keinginan kita mereka sedaya upaya akan penuhi walaupun kadang-kadang apa yang kite minta itu mereka tidak mampu untuk berikan. Sesungguhnya dalam diri ibu bapa kite, Allah s.w.t telah mencampakkan sifat kasih sayang yang tiada tandingannye. Kasih sayang suami pada isteri tidak sama dengan kasih saying ibu bapa pada anaknye kerana kasih sayang ibu bapa adalah kasih sayang mutlak. Walaupun acap kali kita buat salah, mereka tetap sayang kita. Mereka x jemu menasihatkan kita malah terus mendokan kita. Janganla kita lupa untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita.
Adakah kita masih ingat lagi ketika kita sakit, ibu bapa amat risau akan kite. Mereka akan melayan kita dengan penuh kesabaran dan akan sentiasa doakan kita agar kita cepat sembuh. Penulis juga sendiri mempunyai pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan iaitu ketika sedang sakit, ibu bapa yang dari johor sanggup di tengah-tengah malam datang ke shah alam untuk membawa anaknye ini pulang dan dapatkan rawatan yang terbaik. Inilah yang dikatakan bahawa kasih sayang ibu bapa adalah kasih sayang yang mutlak. Walaupun si bapa terpaksa kerje di keesokkan paginye, tapi mereka lebih utamakn anaknye. Penulis pasti setiap diri pembaca juga mempunyai situasi yang sama, ini kerana tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anaknye. Cume kita sahaja yang kadang-kadang tidak nampak atau buat-buat x nampak bagaimana care mereka meluahkan kasih sayang mereka pada kita. Bila kita berjauhan dengan mereka,sudah pasti perasaan rindu yang teramat sangat itu akan lahir dalam diri ibu bapa kita. Kadang-kadang bila kite menelefon mereka, soalan sama mereka akan tanya kita. Kita da solat ke belum, sihat ke x,makan ape hari ini, belajar macam mane. Inilah soalan-soalan yang akan mereka tanya kita. Janganlah kite merasa malas untuk menjawabnye walaupun kite rase jawapan itu ibu bapa kita da taw. Sebenarnya mereka ingin berbual-bual dengan kita,mereka rindukan kita. Tp..adakah kita sedar semua itu, dalam seminggu berapa kali kita call mereka??? Adakah kita masih berkira-kira dengan duit yang kite dapat, rezeki yang Allah beri ini untuk menelefon mereka. Jika perkara sekecil ini pun kite berkira, cube kite kira balik berapa banyak yang ibu bapa kite telah belanjakn untuk membesarkan kita. Tiada nilaiannya. Harga mereka bangun di tengah-tengah malam melayan kerenah kita sampai mata mereka menjadi merah di siang hari tiada nilaiannye dengan wang kertas.
Kita selalu dengar janganlah kamu mengatakan “Oh..” sekalipun pada ibu bapa kamu. Saya penah terdengar satu ceramah mengenai huraian perkataan “Oh” ini dan penceramah itu menerangkan bahawa apa yang di maksudkan dengan “Oh” itu adalah satu kata-kata sempadan durhaka kepada ibu bapa. Kita juga selalu dengar kisah ini iaitu apabila kita menunaikan solat sunat, dan bila ibu kita panggil kita sampai 3 kali, dan kita tidak menyahut dan tetap terus dengan solat sunat kite, maka itu pun sudah di katakan durhaka pada ibu. Ini kerana , untuk menyahut panggilan ibu kali yang ke3 ketika kita sedang solat sunat itu adalah wajib.
“MOGA TABAH HATI, X BERBELAH BAGI”


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home