Bismillah..
Diceritakan dalam riwayat da’wah Rasulullah s.a.w. ketika orang – orang Quraish mendatangi paman Rasulullah s.a.w, iaitu Abu Thalib dan memintanya supaya memujuk Rasulullah s.a.w. agar menghentikan da’wahnya. Setelah Abu Thalib menyampaikan perihal tersebut. Rasulullah s.a.w. berkata : “Wahai pamanku, seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan da’wah ini, aku tidak akan meninggalkannya hingga aku binasa”. Kisah Rasulullah s.a.w. ini menunjukkan tingginya Himmah (Obsessi) Rasulullah s.a.w. dalam memperjuangkan agama Allah ini. Baginda telah menganggap remeh semua perkara-perkara yang menghambat da’wah Islamiyah.
Bagaimana dgn aq nie???
x kn bru di uji dgn kenkyu (research) bz da lemah...
ish.. lemahnye..
"Impikanlah!... Aku mengimpikan negeri ini di penuhi RIJAL seperti Abu UbaidahAl-Jarrah, Muaz bin Jabal, Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong darimereka untuk meninggikan kalimah Allah..."
Umar Al-Khattab
waAllahua'alam bissawab..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home