Friday, February 15, 2008

AIR MATA SEORANG NAQIB….

Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula
bertemu. Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati
ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar
baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki ke
JAD. Memang ayah bonda menginginkan suatu yang terbaik buat mu. Mahukan
engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna
kepada mereka, kepada agama dan kepada negara.
Ketika hari pendaftaran, ketika kalian sampai di TBP(tmn bukit pelangi)kami sama-sama menjengah diri melihat muka-muka kalian. Time tu kami baru pulang dr daurah di Sek Hira’.Kalian adalah ibarat rahmat kepada kami kerana dari kalian kami mendapat
ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan kami
ceritakan segala-galanya nanti!
Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari dengan
minggu pengenalan. Kalian didedahkan dengan apa yang
ada ditempat belajar yang baru ini. Moga kalian dapat
berta’aruf dengan cepat di alam baru ini. Kalian
bersolat jamaah dan dengar ceramah. Ingat x di mnggu pertama,kalian di
dudukkan di dalam kumpulan ketika di surau.Time tu mlm jumaat,kalian dipggl ke surau oleh sempai setelah kalian mkn malam. Ana memberi skit talk kp kalian,mengenai idup nie...
Kami masih mengintai-ngintai kalian. Bukan wajah dan
gaya… tetapi watak dan budi. Manakah di antara kalian
yang akan bersama kami? Manakah di kalangan kalian
yang akan mewarisi jejak kami?
Memang kami mengetahui dan menyedari.. kalian datang
dengan keinginan yang berbeza. Ada yang ingin mendapat
segulung ijazah yang nantinya akan dipersembahkan
kepada ibu dan ayah. Ada yang tertolak kerana ayah dan
ibu menghendaki demikian. Kami faham itu semua… dan
itu semua tidak langsung penting bagi kami.
Kalian didudukkan di dalam usrah-usrah akhirnya. Kami namakannye sbg SG(smart group).Kita sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi.
Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra.
Bukankah itu satu titik permulaan yang indah dalam
pengalaman hidup kita?
Kita kemudian bertemu lagi dalam rehlah(maen bowling,futsal).
Duduk dan mendengar.. makan sama2.... Kesemuanya menjadi detik manis dan kenangan
yang mungkin sukar dilupakan.
Dari situlah kesemuanya bermula… Kami memerhati dan
cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang sudi
untuk bersama lebih memahami apa yang sedang kami
fikirkan?
Kami hanya ingin mengongsi beban yang sedang kami cuba
pikulkan selama ini. Kami faham ianya begitu berat dan
tidak mampu ditanggung oleh hanya beberapa orang yang lemah seperti kami. Bebannya berat dan
perjalanannya panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi
di masa terdekat.
Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara terbaik
untuk mengenali siapa dari kalian yang berminat. Kami
adakan usrah… kami adakah rehlah dan kami adakan
dauroh… dan entah apa lagi.
Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian..
disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan
ilmu.

Akhirnya …
Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian. Kalian
menampilkan diri dengan semangat dan kesediaan untuk
bersama. Kami begitu gembira. Kami tidak meminta
kalian berbuat demikian. Sedikitpun tidak ingin
memaksa. Kami hanya membuka jalan dan peluang setelah
memberi kesedaran sedikit sebanyak. Alhamdulillah atas
segala nikmat dan rahmatNya kepada kita.

Bermulalah satu episod baru dalam hidup kita. Mungkin
kita masih ingat kita mula menjejakkan kaki ke alam
baru.. fikrah baru dan ikatan baru. Kalian telah
berjaya memujuk hati kalian untuk bersama dalam
gerombolan ini. Gerombolan yang ingin untuk melihat
dunia berubah ke arah Islam.
Kita mula tangkas melayari perjalanan yang sengit ini.
Kita cuba menumpaskan nafsu yang kadangkala mengganggu
dengan cerita indahnya hidup relaks dan seronok. Tapi
kalian telah berjaya menolak itu semua. Walaupun kawan
dan teman lain telah lama dibuai mimpi, kalian
kadangkala masih termangu di hadapan kami.. menadah
buku dan sedikit risalah. Segalanya hanya untuk
memahami Islam yang masih banyak yang perlu
dipelajari. Kadangkala teman seronok dihadapan cerita
TV dan VCD, tetapi kita menolaknya itu semua.. kerana
masa amat berharga bagi kita untuk dibazirkan pada itu
semua.
Kadangkala kawan-kawan enak tidur ditilam empuk
, tetapi kita terpaksa berjaga malam hanya semata-mata untuk melatih diri
bagaimana indahnya dapat berkorban untuk sahabat yang
sedang tidur di lantai bumi.
Betapa banyaknya pengalaman yang kalian telah lalui
bersama kami !

Kami cuba memberi apa yang kami terdaya.
Segala-galanya adalah untuk menjadikan kalian orang
yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan
kepada Islam yang masih menagih cinta dan pengorbanan
dari penganutnya. Islam masih terumbang ambing
dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang
sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak
ganas untuk manusia zalim. Siapa yang ingin
membelanya? Siapa yang akan meletakkannya ke tempat
paling tinggi yang sepatutnya.

Inilah yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah, kalian
mula sedikit demi sedikit memahami apa yang kami ingin
kongsikan. Walaupun kami kadangkala tidak dapat
berehat sebagaimana orang lain… tetapi ketenangan mula
menjenguk.. ketika melihat kalian mula faham dan mula
melangkah. Denyut nadi perjuangan kalian yang mula
bergerak-gerak sudah cukup menggembirakan kami… lebih
gembira dari sang musafir yang terjumpa kembali
untanya yang hilang di padang pasir !

Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami
adalah lebih mahal dari dunia dan isinya. Kalianlah
sumber pahala kami di zaman ketandusan pahala dan
bermaharajanya dosa dan maksiat. Bukankah ‘Allah
memberi petunjuk seorang manusia dengan hasil usahamu
adalah lebih baik dari dunia dan isinya’?. Kerana itu
kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta.
Mungkin dari situlah kalian dapat faham, bagaimana
susahnya kami kerana menjaga kalian. Betapa banyaknya
harta yang kami curahkan kerana kalian. Betapa kami
terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk
kalian. Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi
yang dapat kami berikan kepada kalian semua… semuanya
telah diberikan. Mungkin sekarang kalian telah dapat
fahami. Kerana kalian lebih berharga dari dunia dan
isinya !

Sukar kami menceritakan ini semua… terpaksa dan semoga
ianya menjadi pedoman untuk kalian juga. Bahawa hidup
seorang yang tahu di mana Islam berada sekarang tidak
memungkinkannya sempat membina istana dan mahligai.
Tidak memungkinkannya bergembira di setiap hujung
minggu dengan anak isteri. Tidak mungkin berpeluang
untuk menikmati hari-hari perlancongan dan santai
tanpa matlamat dakwah. Tidak mungkin berenak dengan
kenderaan besar dan mewah. Bagaimana ia boleh berbuat
demikian sedangkan Islam masih menunggu pendokong yang
akan menyelamatkannya?

Kerana memahami itu semua, kami wakafkan diri kami
untuk kalian. Biarlah manusia lain dengan dunianya..
namum kita tenang dan gembira dalam alam kita sendiri.
Walaupun orang lain melihat kita dalam kesukaran dan
kesusahan hidup, namum itulah kebahagian kita !
Matlamat kami.. melahirkan daie2 yang akan
bekerja untuk Islam. Keinginan kami.. apabila kalian
telah melangkah keluar dari sini.. kalian telah
menjadi manusia muslim baru yang membawa bersama-sama
obor yang akan menyuluh tempat-tempat yang masih gelap
di pelusuk sana. Itulah sahaja matlamat dan cita-cita
kami.

Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji
mahal. Kami tidak sanggup menjanjikan jawatan selepas
kalian keluar. Itu semua adalah suatu yang kerdil bagi
kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau bagaimana
keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu
semua ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam
kancah dunia yang sedang bergelumang dengan
materialisma yang tidak mampu diharungi oleh manusia
biasa. Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian
dengan kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu, kami
mahukan kalian menjadi manusia yang akan membawa
manusia lain untuk bersama-sama dalam perjuangan kita
yang masih panjang.

Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami
bahawa apa yang kita buat ini bukan kerana tempat
belajar kita. Bukan kerana wajib atau ingin menjaga
hubungan dengan pensyarah. Bukan kerana markah atau
prestasi. Kami cuba memotong tali-tali yang mengikat
kalian dengan itu semua. Kami membawa kalian ke luar
sana… berjumpa dengan mereka yang telah mendahului
kita di atas jalan ini. Melangkah ke luar negara..
berjumpa dan mengambil pengalaman mereka. Mereka semua
adalah se jalan dengan kita.. berjuang menegakkan
fikrah yang sama!

Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah
ke garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan
tekun. Kalian langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan
bosan. Walaupun telah ada dikalangan kalian yang telah
kecundang setelah beberapa lama, namum kalian masih
thabat teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita
perlukan disiplin yang tinggi. Kerja kita perlukan
jamaah dan ketaatan. Kerja kita perlukan syura dan
perbincangan dengan naqib/naqibah yang telah begitu
lama memimpin tangan kita sejak kita masih
bertatih-tatih di permulaan perjalanan. Kerja kita
memerlukan kita tidak putus dan bersama dengan jamaah
di mana saja kita berada.

Di saat kita akan berpisah,tidak lama lagi..wahai adek2 kami.. itulah harapan kami. Gembirakanlah hati
kami untuk melepaskan kalian. Betapa inginnya hati kami untuk
mendengar deringan telefon atau email dari kalian bila kami di Jepun nanti.. menceritakan
pengalaman baru kalian di JAD dan kampung dan kawasan
masing-masing.. setelah mendapat title baru bergelar
‘DA’I’. Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan
dari kalian .. bercerita bagaimana kalian telah mula
mengumpul mad’u-mad’u baru ditempat kalian. Betapa
gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula ke
sana-kemari mengikuti program bersama ikhwah dan
akhawat yg laen. Kami tidak dapat
bayangkan bagaimana gembiranya hati kami bila
mendengar naqib/naqibah baru kalian begitu memuji
kesungguhan dan semangat yang kalian tunjukkan. Ketika
itulah kami akan mengurut dada gembira… airmata kami
berlinangan kegembiraan.. betapa tanaman kami telah
menghasilkan buah. Usaha kami selama 3 tahun
bersama kalian tidak sia-sia…
Harapan kami agar kte same2 istiqomah di jln dakwah ni..
Doakan agar kami berjaya di dalam peperiksaan terakhir kami di JAD…
Salah dan silap kami harap kalian ampunkan kami…sesungguhnya kami ni hamba yg lemah..
Moga Allah memberi kami ketenangan dlm peperiksaan dan dpt menjawab soalan2 dgn hati yg tenang…AMIN…

Wednesday, February 13, 2008


Syahid Dalam Menjalankan Tugas Rasulullah SAW
Dalam kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah SAW kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam, salah seorang di antaranya ialah raja Busra, surat kepada raja ini di hantar oleh Haris bin Umar Azdi ra. Sewaktu membawa surat ketika Haris bin Umar ra. sampai di Mauta beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar.
Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris bin Umar ra. adalah utusan untuk menyampaikan surat. Rasulullah SAW sangat dukacita atas kematian Haris, lalu baginda mengumpulkan seramai 3000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harthah sebagai ketua pasukan.
Kemudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran: “Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranva Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.” Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata: “Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagaimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”
Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah SAW memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh baginda SAW kepada Zaid. Rasulullah SAW menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan baginda berdoa: “Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”
Setelah Rasulullah SAW selesai berdoa, Abdullah bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap syair yang bermaksud: “Aku hanya mengiginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air. Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku. Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata: Semoga engkau telah gugur kerana Allah.... berjaya dan makmur. Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.” Di pihak musuh pula ketuanya yang bernama Sarjil, telah mengetahui mengenai persediaan tentera Islam, Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika, Sarjil dan bala tenteranya hendak mara, ia mendapat berita bahawa Kaisar sendiri sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri dari 100,000 orang untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa ragu-ragu dan mereka berfikir samada mara atau pun tidak untuk menentang musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu. Atau mereka mengirim utusan kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan nasihat.
Dalam ragu-ragu itu Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang: “Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.” Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah bin Rawahah, maka para sahabat pun bertekad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan peperangan Mauta. Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid ra. menggenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran, maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian.
Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu. Sarjil telah mengirim berita kepada Kaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Kaisar pun menghantar tenteranya yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. Tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentara Islam yang cuma 3000 orang sahaja.
Dalam pertempuran yang sengit itu maka syahidlah Zaid ketua panglima tentera Islam. Jaafar ra. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera, beliau dengan sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran. Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu Jaafar membaca beberapa ungkapan syair: “Wahai manusia! Betapakah indahnya syurga. Dan betapa gembiranya tentang kehampirannya! Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua.” Dengan memegang bendera Islam yang berkibaran di sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memegang pedang beliau terus meluru ke arah musuh. Sewaktu meluru tangan kanan beliau yang memegang bendera telah ditetak, beliau dengan segera memegang bendera dengan tangan kiri, tetapi tangan kiri beliau juga ditetak, beliau tetap memegang kuat dengan menggigit bendera dengan bantuan kedua belah bahunya yang telah kudung. Darah mengalir seperti air paip. Datanglah musuh dari arah belakang lalu menetak Jaafar ra. sehingga terbelah dua, dan syahidlah Jaafar ra. Umur Jaafar ra. ketika itu ialah 33 tahun.
Abdullah bin Umar ra. menceritakan, “Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”
Sewaktu Jaafar ra. terbunuh Abdullah bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan. Beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar berita tentang kematian Jaafar. Dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata “Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedangkan Jaafar telah sampai ke syurga.”
Tanpa membuang masa Abdullah bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran anak-anak jarinya banyak yang parah dan banyak yang tergantung dengan isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya. Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbandingkan tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu dia tersentak dan berkata ia dalam hatinya: “Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian?” Adakah kerana cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah kerana kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah.”
Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata: “Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari.” Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melemparkan daging tersebut. Dengan pedang yang terhunus beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau syahid di medan pertempuran itu.

Thursday, February 7, 2008

AIR MATA ANAK USRAH..

Air Mata Anak Usrah. Rasanye macam baru semalam kami bertaaruf dengan insan yang bernama Roslan Bin Mohammad. Tanpa disedari,sudah setahun kite bersama,setiap mnggu mengikuti usrah bersama pak cik.tapi,adakah malam semalam mlm terakhir usrah kami??? smpi di rumah pak cik dlm kul 9.30pm..keadaan hujan yg renyai2..seolah2 memahami perasan ana yg sdey.seperti mlm usrah sblm2 nie,pengisian yg btl2 mantap..menusuk dlm hati ni cmoga Allah memberkati kami smua..dalam usaha kami mencari reda Mu ni..ya Allah.. Adakah mlm nie mlm terakhir kami usrah bersama pak cik..satu persatu wajah rakan usrah ana lihat..masing2 tekun mendgr dan mencatat..hope kte smua dgr,taat dan patuh..keadaan pak cik yg x berapa sihat,namun pak cik tetap memberi komitmen sepenuhnye.di tambah pula dgn kedatangan akhwt.maybe anak usrah mak cik Min..segala persoalan yg di tanya pak cik jawab dgn tenang.moga akan lahir rmi lagi org2 seperti pak cik..insyaAllah kami akan berusaha ke arah itu..Usrah mlm td mmg sdey,bnyk pesanan2 dr pak cik..moga kte smua muhasabah diri kite..saling ingt mengingati..sesungguhnye,mrk yg melakukan kerje2 dakwah ni memerlukan mereka yg berjiwa besar..snggp berkorban..yg pasti,kita akan di uji..ingatlah wahai sahabat,Rasulullah pn di uji..dlm zmn skang ckte terpaksa menempuhi peperangan fikiran..cube kte lihat.niat baek kte buka u-tube nk cri zikir2 munajat..tp first skali gmbr yg kuar adlh gmbr2 yg x elok utk di lihat..bagaimana org2 kafir cube mempengaruhi fikiran kte..fikir2kn..begitu bsr peranan media.. Mlm smlm kami bermlm di umah pak cik..dgn niat utk bgn qiam same2 di surau..alhmdlh..smua bgn..tugas yg pak cik bg ana n akhi fani utk kejut antum smua jd mudah cz masing2 pasang alarm..n senang bgn..klo mcm nie..insyaAllah kte boleh jd tentera zmn Salahudin Al-Ayyubi..huhu..slps masing2 solat sunat tahajud,taubat..kte same2 wat solat hajat secara jemaah..sdeynye..moga kte dpt qiam secara jemaah lg cslps subuh,ana perhatikan keadaan pak cik masih lom sihat sepenuhnye..namun dia gagahi juga wat kuliah subuh utk kami..besar btl pengorbanan pak cik..tq pak cik..kuliah yg btl2 best..klo pak cik bg ape2..smua bestkn..kuliah subuh diakhiri dgn doa..doa yg btl2 sdey..air mata berjujuran cya Allah.indahnya Islam ni clg indah klo smua org dpt merasai nikmat sbg pendakwahkn..kerje dkwh ni adlh kerje para Rasul dan Nabi.kte meneruskan kerje2 ni..alhmdlh Allah memilih kte utk wat kerje2 nie..inilah perniagaan yg plg menguntungkan cperniagaan yg di janjikan syurga..insyaAllah.. Wahai ikhwah n akhwat csame2 la kte berdoa moga kte istiqomah di jln dakwah nie..sesungguhnye mati syahid tu cite2 tertinggi kite smua..kite mengimpikan syurga Allah..ingin menjadi tetamu Allah..ya Allah..berkatilah kehidupan kami clindungilah kami..sesungguhnya kami hambaMu yang lemah..jgnlah Engkau uji kami sehingga kami x sanggup utk menghadapinya..Amin c.. moga tabah hati..x berbelah bagi.. minna..kimatsu shiken ganbatte ne..isyoni mae ni susumu!!! chikara no kagiri ganbarou!!!!!!! "memburu syurga...mengadu pada Allah, di situ ada ketenangan, bertanya pada Allah, di situ ada jawapan.." #hope sesape nk tambah boleh jer..# #btl kate2 kak ayu dulu..kite patut lg sdey nk tgglkn naqib kte#