Saturday, September 27, 2008

Hari2 terakhir Ramadhan

Alhamdulillah, segala puji bagi Mu ya Allah.

Pagi yang sungguh tenang dan sejuk di bumi Japan hari nie, dan yang paling istimewa dapat mengetahui rahsia disebalik berpuasa.

183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

(2:183)

Menjelang Ramadhan dan di bulan Ramadhan ayat ini sangat popular di kalangan kite semua. Tapi adakah ayat ni memerintahkan kite agar berpuasa di bulan Ramadhan???

InsyaAllah akan dikupas selepas ini…

Jika kita lihat kepada maksud ayat ini, jelas menunjukkan bahawa diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Ayat ini jelas berpuasala agar kamu bertakwa. Tapi mungkin tanpa kita sedar, sebenarnye manusia ini ade 4 tahap atau 4 tingkat. Tahap yang paling bawah adalah Muslim, selepas itu Mukmin, Muttaqin dan yang paling tinggi adalah Mukhlisin. Kita berpuasa supaya kita dapat naikkan tahap kite, dr seorang Muslim, kepada Mukmin dan seterusnye mencapai tahap yang lebih tinggi iaitu Muttaqin dan Mukhlisin.

Ayat ape yg memerintahkan kita berpuasa pada bulan Ramadhan???

185. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

(2:185)

Biasanya ayat nie selalu kite dengar masa nuzul Quran. Tapi, jika mengkaji betul2, ayat ini juga memerintahkan agar kita berpuasa pada bulan Ramadhan.

…..Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu,…

Ayat ini jelas kepada kita apabila kita berada di bulan itu, maka hendaklah kita berpuasa. Apakah bulan itu???

Jikat lihat dipermulaan ayat ini, bulan itu merujuk kepada beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Ini jelas bahawa kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan.

Salah satu yang istimewa di bulan Ramadhan ini ialah doa kite terus kepada Allah, tiada hijab yg menghalangnye. Sesungguhnye Allah itu amat dekat dengan kite.

16. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

(50:16)

Bulan Ramadhan ini amat sesuai untuk kite mohon ape2 saje kebaikan kepada Allah. Beberapa hari saje lagi Ramadhan akan meninggalkan kite semua..Kedatangannye setiap tahun dinanti-nantikan oleh kite semua, dan pemergian sudah pasti di tangisi oleh kite. Mungkin ini Ramdhan yang terakhir buat kite. Marilah same2 kite muhasabah balik diri kite ini. Ape yg telah kite lakukan sepanjang Ramdhan ini. Moga segala amal yg kite kerjekan diterima dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Monday, September 8, 2008

Ku Menghadap Mu.


Pernah pula salah seorang muridnya telah berkata: (Wahai Abu 'Abdullah: Apa pendapat kamu terhadap puisi yang menyebutkan tentang syurga dan neraka? Beliau bertanya: Contoh seperti puisi mana?

Muridnya menjawab: Seperti yang diucapkan oleh pemuisi-pemuisi: (membacakan syair):

إذا ما قال لى ربى أما استحييت تعصينى ؟

وتخفى الذنب من خلقى وبالعصيان .. تأتينى ؟

Maksudnya:

Ketika tuhan berkata kepadaku Takkah kau malu bermaksiat kepadaku?

Kau sembunyikan dosa dari makhlukku Tapi dengan penuh noda kau mengadapku?

Terpana ku seketika apabila terdengar puisi di atas dalam satu pengisian yang diberi oleh seorang ustaz. Rase diri memang kene FIRE time tue. Lebih-lebih bagi diri yang mahu bersama-sama dengan tentera Allah untuk memenangkan agama Allah ini. Dialog di atas merupakan satu dialog antara Abu Abdullah( Imam Ahmad) dan anak muridnye. Apabila anak muridnye membacakan puisi itu, Imam Ahmad menyuruh anak muridnye mengulangi sekali lagi.

Muridnya berkata: Lalu aku ulangi sekali lagi, lalu dia (Imam Ahmad) bangun dan memasuki rumahnya serta menutup pintu. Ketika itu aku mendengar suara tangisannya dari dalam rumah dan beliau mengulang-ngulangi syair tadi.

Ya Allah, sesungguhnye aku telah banyak melakukan dosa kepada Mu. Aku telah menzalimi diri aku sendiri. Terimala taubatku ini. Bantula aku dalam menghadapi kehidupan ini.

Thursday, September 4, 2008

poster rmdhn.



promosi yg plg hebat..hanya terdapat dalam bulan yg istimewa..
mg smua amal kite diterima..AMIN..

jom bersame menyemarakkan ramadhan..


salam..

kepada smua yg berada di japan..anda smua dijemput hadir ke shibaura..bersama2 kite berbuka posa n tarawikh..bersama menyemarakkn rmdhn..
selamat menjalani ibadah posa..tingkatkn amal..mg kite smua sentiase di bwh rahmat Allah sw.t...