Ku Menghadap Mu.
Pernah pula salah seorang muridnya telah berkata: (Wahai Abu 'Abdullah: Apa pendapat kamu terhadap puisi yang menyebutkan tentang syurga dan neraka? Beliau bertanya: Contoh seperti puisi mana?
Muridnya menjawab: Seperti yang diucapkan oleh pemuisi-pemuisi: (membacakan syair):
إذا ما قال لى ربى أما استحييت تعصينى ؟
وتخفى الذنب من خلقى وبالعصيان .. تأتينى ؟
Maksudnya:
Ketika tuhan berkata kepadaku Takkah kau malu bermaksiat kepadaku?
Kau sembunyikan dosa dari makhlukku Tapi dengan penuh noda kau mengadapku?
Terpana ku seketika apabila terdengar puisi di atas dalam satu pengisian yang diberi oleh seorang ustaz. Rase diri memang kene FIRE time tue. Lebih-lebih bagi diri yang mahu bersama-sama dengan tentera Allah untuk memenangkan agama Allah ini. Dialog di atas merupakan satu dialog antara Abu Abdullah( Imam Ahmad) dan anak muridnye. Apabila anak muridnye membacakan puisi itu, Imam Ahmad menyuruh anak muridnye mengulangi sekali lagi.
Muridnya berkata: Lalu aku ulangi sekali lagi, lalu dia (Imam Ahmad) bangun dan memasuki rumahnya serta menutup pintu. Ketika itu aku mendengar suara tangisannya dari dalam rumah dan beliau mengulang-ngulangi syair tadi.
Ya Allah, sesungguhnye aku telah banyak melakukan dosa kepada Mu. Aku telah menzalimi diri aku sendiri. Terimala taubatku ini. Bantula aku dalam menghadapi kehidupan ini.


1 Comments:
salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba.. :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home