Tugas sebagai daie memang tidak dapat di nafikan byk dugaan dan cabarannye. Mereka yang berada di jalan ini tidak disediakan karpet merah or karpet kuning untuk mereka laluinya. Daie ialah seorang pendakwah yang mengajak orang kepada Islam. Bila kite lihat kisah para sahabat, bila mereka menerima Islam sahaja, mereka terus menjadi seorang daie. Siapa yang tidak kenal dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq, Abu Dzar atau Mus’ab Bin Umair. Mereka antara contoh para sahabat yang kisahnye kite selalu bace. Islam dan dakwah tidak pernah terasing bagi mereka. Memang itula sebenanrnye yang dituntut sebaik sahaja kita melafazkan kalimah syahadah. Apabila Rasulullah s.a.w mendapat wahyu yang pertama surah Al-Alaq(1-5), selepas itu turun wahyu surah yg kedua iaitu surah Al-Muddassir yang mengkehendaki Rasulullah s.a.w agar mengajak manusia kepada Islam.
“Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan!”
Al-Muddatsir(1-2)
Begitu la juga kita sepatutnya. Hari-hari kite mengucapkan kalimah syahadah, tapi jika kita lihat masih ramai yang tidak menjadi seorang daie. Ramai yang setelah mengucap syahdah paham akan tanggungjawab untuk menunaikan solat,zakat, puasa dan haji. Yang mana semua itu terkandung dalam rukun Islam. Tapi Islam adelah lebih dari itu, kerana Islam adelah “way of life”. Oleh itu kita hendaklah masuk Islam secara keseluruhannya. Namun barat dan musuh-musuh Islam telah berjaya meracuni pemikiran masyarakat Islam sehinggakan kerje-kerje dakwah menjadi satu kerje yang asing.
Kita sedar bahawa tanggungjawab kite ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan sebagai khalifah. Mungkin kite pernah rase bila kita ikut program,daurah,usrah, kite dengar syahadatul haq, kita rase besar sungguh tanggungjawab yang kite pikul ini. Kadang-kadang kita mengalirkan air mata, memikirkan nasib kita dan orang-orang Islam yang lain. Tapi, rase nie semakin terhakis bila kita balik ke rumah, jumpa kawan-kawan, bergurau senda. Untuk menjadikan rase ini sentiase subur dalam diri kita, kita perlu berterusan dalam beramal, sentiasa berada dalam amal soleh atau kebaikan. Kita pun sudah sedia maklum betapa beruntungnya kita sebagai seorang Islam. Kita baru sahaja berniat untuk buat amal kebaikan, Allah mengurniakan satu pahala. Dan bila kita melaksankan kebaikan, kita mendapat 10 ganjaran. Dan bila kite terdetik untuk buat kemungkaran, kita tidak dapat dosa selagi kite belum lakukan kemungkaran itu. Tapi, sekiranya kite tidak lakukan kemungkaran itu dengan sebab takut akan siksaan Allah, kita akan di beri ganjaran pahala.
Memang susah untuk kite lari daripada dugaan dan hasutan syaitan. Syaitan itu sentiase datang kepada kite dan berbisik-bisik kepada kite untuk melakukan kejahatan. Kadang-kadang semangat kite yang berkobar-kobar, menurun dan rase futur mula menular dalam diri. Di sinila syaitan memainkan peranannye. Rase tidak bersemangat untuk membuat kerje dan cinta dunia merupakan salah satu contoh futur. Futur ini menjadi teruk bila kita hiasinya dalam diri kita dan kita terasa indah dengan futur itu. Sebaik-baiknya hendaklah kita berusaha membaiki lemah semangat kita itu. Ade satu kisah diceritakan, seorang sahabat iaitu Hamzalah menemui Saidina Abu Bakar lalu menangis mengatakan dirinye telah munafiq. Abu Bakar hairan dan tanya kenapa dia mengatakan dirinye munafiq. Dia pun berkata bahawa bila dia bersama dengan Rasulullah s.a.w. dan berada dalam majlis2 ilmu bersama Rasulullah dia seolah-olah nampak syurga dan neraka, bila balik rumah tibe-tibe rase smua itu makin ilang. Abu Bakar pun mengatakan bahawa dia pun begitu juga. Abu Bakar pun turut same sedey. Maka mereka berdua pun bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Baginda berkata kalaula keadaan kamu semase berada bersama Rasulullah s.a.w same dengan keadaan ketika Rasulullah s.a.w. tidak bersama kamu, nescaya taraf kamu adalah same dengan malaikat dan malaikat akan hormat kamu dan beri salam.
Bila mana kita rase futur, kite hendaklah berase sedey dengan keadaan itu dan rase tercela. Orang-orang yang cerdik ialah orang yang mencela(menuduh) dirinya teruk dan dengan itu beramal untuk selepas mati. Penyakit manusia zaman sekarang ialah penyakit al-wahan.
Iman kita ini ada kalanya naik dan ade kalanye turun. Oleh itu, orang mukmin hendaklah hadiri majlis-majlis berfikir. Kita lihat orang-orang mukmin ini kurang berfikir malah dikatakn tidak smepat berfikir kerana mereka sibuk dengan urusan dunia. Jadilah sesorg yang apabila dibacekan ayat Allah, maka akan gementarlah hatinye. Pada masa itu akan terasalah iman itu sedang naik. Sebab itula dilihat betapa pentingnya usrah. Usrah membentuk satu ikatan di mana setiap ahlinye saling nasihat menasihati tanpa ade yang terasa. Orang yang menerima nasihat hendaklah memeriksa jiwanya takut dihinggapi takabbur sebagai contohnye tidak menerima nasihata itu dan merendah-rendahkan sahabat yang memberi nasihat kepadanya. Takabur ini sebenarnye ade dua maksud iaitu tolak kebenaran dan satu lagi ialah merendah-rendahkan orang lain. Kita mestilah mempunya majlis tafakkur seperti usrah, majlis berfikir dan lain-lain. Ini penting kerana kita nak memastikan iman kite sentiase berada di atas. Di antara fitnah akhir zaman ialah pagi sesorang itu muslim, tapi petangnya menjadi kufur, atau pagi dia seorang muslim, dan menjadi kufur bila malamnye.
insyaAllah same-same kite bermuhasabah diri kite.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home