Saturday, July 5, 2008

universiti tempat penyembelihan


"Dear students! You have spent many years of your life at this institution to acquire education. You have eagerly been waiting for the day when you will reap the harvest of your labour in the form of a degree. I am aware of your emotions on this occasion, and that is why it pains me to express my thoughts so bluntly.

Frankly speaking, I consider this Alma Mater, in fact all Alma Maters of this kind, slaughter houses rather than educational institutions. The degrees to be awarded are in fact death certificates, issued when the murderer is satisfied that he has accomplished his task; fortunate are those who escape from this organised butchery with still some spark of life.

I have not come here to congratulate you on receiving these death certificates. I am, rather, overwhelmed with grief to see you in such a miserable plight. I am like someone seeking a person who might still be alive among a mass of corpses."

Ucapan di atas adalah titipan bicara Sayyid Abul 'Ala Maududi (1903-1979) kepada kaum mahasiswa yang melihat universiti sebagai 'rumah penyembelihan' yang mencetak segulung 'sijil kematian'. Berikut adalah terjemahannya dalam bahasa Melayu:-

"Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus-terang kepada kamu pada saat ini.

Walaubagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."

Tamat petikan ucapan Abul 'Ala al-Maududi.

Sama ada kita mahu bersetuju atau tidak, hal itu terpulang kepada pandangan masing-masing.

Universiti bagaikan 'rumah penyembelihan'?

“Apakah tujuan kamu bekerje dalam sebuah syarikat?”… tanya seorang majikan kepada pekerjanya seorang engineer berkelulusan dari sebuah university ternama di Japan.

“Saya bekerje utk mendapat gaji yang lumayan dan seterusnya dapat hidup selesa bersama keluarga saya, sejak kecil saya bertungkus lumus belajar untuk mencapai cita2 saya ini sebagai seorang engineer formula one”.. jawab pekerja itu.

“Sebenarnye tujuan kamu bekerja ini tidak lain dan tidak bukan hanyala untuk memberi keuntungan kepada pemegang2 saham di syarikat ini.”.. majikan itu menafikan jawapan pekerjenya…

Aku tersentak dengan jawapan yang di berikan oleh majikan ku. Pulang dr rumah, ku mula berfikir, betul ke aku bekerje untuk beri keuntungan kepada pemegang2 saham. Sejak kecil aku bertungkus lumus stdy smpi lewat malam, sabtu ahad aku korbankan untuk stdy, di university, aku menghabiskan masa 7 hari seminggu didlm lab buat research. Kadang2 smpi ku abaikn waktu mkn ku semata2 untuk menyiapkn research ku. Tapi, bila aku menjadi seorang pekerje, aku hanya bekerje untuk beri keuntungan kepada pemegang2 saham. Mereka tiadala bertungkus lumus seperti aku, aku terpaksa pulang lewat malam semata2 untuk menyiapkan kerje2 yg berlambak di ofis, pemegang2 saham ni hanya beri arahan je pada aku. Memang betul bile aku berjaya cipta engine yang berkuasa tinggi dan jentera formula one kami dapat bergerak lebih pantas, aku akan mendapat imbuhan berupa wang. Tapi, jika aku nk bandingkan dengan wang yang aku trime ni dengan keuntungan pemegang saham ni, mereka jauh lebih kaya dr aku. Ya Allah, apa smua ni. Bile aku fikir2 balik, aku tidak ubah seperti robot yang telah diprogramkan sejak aku dilahirkan. Tuanku dengan sesuka hati menggunakan aku untuk kepentingan dia.

Akhirnye aku tersedar kate2 Al-Maududi di atas td. Ya Allah, banyak masa aku telah bazirkan. Sepatutnye zaman muda ku, aku berjuang untuk Islam. Dunia memerlukan pemerintahan Islam. Walaupun research aku semasa di university adalah research yang terhebat, tp research tue bile aku bw blk ke kg ku, tiada dpt beri manfaat pape2 pn pd masyarkat sekeliling kg ku. Engine yg aku cipta, tidak boleh dan mampu di beli pn oleh org2 kg ku. Apa yg telah aku buat selama ni????

Zaman university, aku banyak habiskan masa stdy semata2 utk beri keuntungan pd pemegang saham. Kini ku mengerti kata2 Al-Maududi, benarla university tmpt penyembelihan. Tidak, akau tidak mahu disembelih. Aku mesti lari dr tmpt penyembelihan ini.

Diakhir ucapan Al-Maududi.. Aku seperti seseorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini."

Aku mahu jadi manusia yang masih hidup dlm timbunan mayat. Aku sambung belajar dlm peringkat masters. Kali ni aku mahu pastikan university bukanla tmpt penyembelihan. Aku mula mengkaji sirah dan kisah2 mereka yg berjuang untuk mengakkan Islam. Aku lakukan smua ni keran ku tahu, tujuan aku dihidupkan di dunia ini. Aku hanyalah hamba kp Allah, dunia ini adalah ladang, dan hasilnya aku nk tuai semasa di akhirat. Aku ingin kehidupan yg bahagia di dunia dan akhirat. Ya Allah, berilah aku petunjuk, berilah kejayaan di dunia n akhirat kp aku.

Aku terbaca satu artikel:

Inilah madrasah tarbiyyah peninggalan Rasulullah s.a.w yang diwarisi al-Banna dan al-Maududi. Misalkan Gua Hira' adalah 'universiti' terpencil tempat baginda berkhalwat dan bersuluk hingga didatangi mahaguru Jibril a.s yang menyampaikan wahyu pertama.

Sesudah itu baginda turun daripada gua untuk menyebarkan dakwah dan risalah kebenaran. Dan kaedah inilah yang cuba diterapkan oleh al-Banna di mana usrah menjadi tempat berhimpunnya para sahabat untuk mengkaji al-Qur'an untuk disebar kepada keluarga dan masyarakat sekitar.

Kini ku mula berjinak dengan usrah. Aku mula paham,usrah itu medan akliah, lapangan akademik yang bertenaga memancarkan sinar pencerahan ke atas masyarakat sekitar. Sememangnya, begitulah cara sinar-sinar kebenaran itu terhimpun dan terkumpul di suatu tempat, lalu limpahan sinar itu tercurah ke lembah gelap yang lain pula.

Cuba kita lihat, sudah berapa banyak sekolah didirikan? Sudah berapa banyak universiti dibina? Tapi, ada berapa banyak kes jenayah diselesaikan? Tepatlah, universiti sekarang sudah berubah menjadi 'rumah penyembelihan'. Sekolah-sekolah, universiti-universiti tidak lagi berperanan sebagai Gua Hira' tempat Nabi Muhammad bertemu mahagurunya; Jibril a.s.

Tidak ramai atr kite yang sedar yang kite sedang berada di tempat penyembelihan. Kita hanya nampak yang kite perlu belajar bersungguh2 dan akhirnye mencapai cita2 kite.Selepas berijazah, kita mencari kerja dan bernikah. Itu saja. Aku mengingtakn diri ku, Islam pernah menakluk 2/3 dunia. Aku teringat pesanan di dalam Al-Quran, surah Al-Imran, ayat ke 102.

Wahai org2 yg beriman! Bertakwalah kp Allah sebenar2 takwa kp-Nya dan jgnlah kamu mati kecuali dlm keadaan muslim”

Wahai pemuda2..ayuh kite lari dr tempat penyembelihan ini. Tapi bagaimana carenye?? insyaAllah kita telah pn dapat cahaya, tugas kita adalah untuk menerangi kawasan2 yang gelap. Sekiranya kite berjaya menerangi kawasan yang gelap seperti mana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat, maka kite telah berjaya lari dr pusat penyembelihan ini. Sama2 kite berfikir kata al-Maududi… sekadar luahan pendapat.

Moga kita smua istiqomah di jln ini..

“Ya Allah guide us, peganglah tangan kami sehingga sampai kepada keredhoanMu. Peganglah tangan kami, sehingga tiada satu pun yang tergelincir dan yang tercicir.AMIN..”

Segala kesilapan ana mohon maaf dan dapat dibetulkan.

SAUDARA kegelapan pasti hilang
Fajar baru di alam maya akan menjelang
Bukalah jendela hatimu merindui sinarnya
Nun di sana terserlah kelihatan cahayanya.

SAUDARA
Aku tidak jemu-jemu berjuang
Tidak bisa senjataku buang
Sekalipun gelita menekan jiwa
Ku penuh yakin fajar menjelang tiba
Suara darah ke telingaku bergendang
Lantang mengarah,berjuang..berjuang!!

Kan ku bela agama Allah
Maju terus yakin perjalananku ini
Hingga kemenangan menaungi
Atau bersemadi di pangkuan ilahi
-Assyahid Sayid Qutb

Petikan Al-Maududi di atas dan cerita di atas telah digrab dr:

  1. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13527&Itemid=111
  2. perkongsian dr senior

*cerita di atas telah di ubah suai mengikut luahan pendapat ana*

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home