Friday, July 18, 2008

C.I.N.T.A


C.I.N.T.A

“Dan antara manusia, ada yang mengambil selain Allah menjadi tandingan-tandinganNya, yang mereka cintai (tandingan-tandingan tersebut) sebagaimana mereka mencintai Allah. Ada pun orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari Kiamat) bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah sangat keras seksaanNya (nescaya mereka menyesal).” – [Al-Baqarah, 2: 165].

Segala puji bg Mu ya Allah, yg mentadbir sekalian alam ini.

Bagi diri penulis, indah sungguh ayat di atas kerana dijelaskan bahawa adapun orang yg beriman sgt cinta pd Allah. Tapi tanpa kita sedari atau tidak, cinta kita pada Allah itu selalu ade benda lain yg menjadi tandingannye. Sebgai cthnye isteri, anak2 dan harta kita.

Ingatlah firman Allah:

"Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya dari kalangan isteri-isteri dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah terhadap

mereka. Dan sekiranya kamu memaafkan mereka, dan santuni mereka serta mengampuni mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang. {14} Sesungguhnya harta-harta dan anak-anakmu adalah ujian (bagimu), dan di sisiAllah-lah pahala yang besar. {15}"

– [At-Taghabun, 64: 14-15].

Cube kite lihat situasi ini:

Seorang ayah terlalu asyik melayani gelagat sang anak yang comel dan lincah bermain dengan mainannya. Setelah seharian bekerja di pejabat, akhirnya

kepulangannya disambut dengan mesra oleh anak dan isterinya. Hal ini membuatkannya lupa akan segala masalah di pejabat.Lupa akan segala kelelahan dan keletihan. juga lupa akan kewajipan solat asar yang belum ditunaikannya. Jika perkara seperti ini berlaku kepada kita, benarlah bahawa anak2 dan isteri yg kite cintai sebenarnye boleh menjadi tandingan cinta kita kp Ilahi.

Dalam satu situasi yg lain. Seorag pelajar sedang khusyuk mengulang kaji pelajarannye disebabkan exam akan bermula pada keesokkan harinye. Sejak celik mata dia menelaah pelajaran. Segala gangguan disekitarnye seperti bunyi radio, suara rakan2nye berborak langsung tidak diendahkan. Malah seruan azan pun turut tidak diendahkan. Bukankah dalam seruan azan itu menuntut kite untuk marilah menunaikan solat, dan selepas itu marilah menuju kejayaan. Seolah-olah jiwanya itu tidak terusik dengan panggilan suci,

"Hayya 'ala ash-shalah! Hayya 'ala al-falah…"

Begitu khusyu' dirinya berusaha untuk memahami topic yang dipelajarinya di kelas di waktu paginya, namun tidak pula dia terfikir untuk menyahut seruan ke arah kejayaan yang hakiki. Apalah guna kita menggapai kejayaan di dunia ini kalau kita terpaksa melepaskan kejayaan di akhirat kelak. InsyaAllah peringatan ini ditujukan khas untuk diri penulis sendiri dan kepada semua yg membacenye. Marilah kite same2 meningkatkan kecintaan kite pd Allah.

Cube kita lihat akan kisah orang2 yg beriman sebelum kite, yg telah diangkat darjat mereka oleh Allah , sehinggakan kisah mereka telah termaktub dalam Al-Quran. Lihatlah benarnye firman Allah sebagaimana yg disebut dalam ayat di atas.

Ada pun orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.”

Suka untuk penulis berkongsi kisah nabi Ibrahim yg cintanya kepada Allah telah di uji. Kisah ini telah disampaikan kepada penulis melalui satu perkongsian bersama senior.

Nabi Ibrahim A.S pernah diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya, iaitu Ismail A.S. Dikatakan Ismail dilahirkan ketika usia Ibrahim sudah mencecah 86 tahun (menurut Imam Ibnu Katsir, hal ini disebutkan dalam nash kitab terdahulu). Bayangkan, betapa lama si ayah harus menunggu untuk menimang cahaya mata yang pertama, tetapi akhirnya diperintahkan oleh Allah supaya dikorbankan. Namun, kasih sayang terhadap anaknya itu tidak menyebabkan Ibrahim mengingkari perintah Allah. Hal ini dikisahkan oleh Allah Ta'ala dalam surah Ash-Shaffat (surah 37), ayat 101-107.

“Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”

Begitu juga kisah Nabi Ibrahim yang terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya (Hajar dan Ismail) di suatu kawasan yang tidak berpenghuni. Allah S.W.T menceritakan kisah ini dalam surah Ibrahim (surah 14), ayat 37:

"(Ibrahim berkata), Ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam tanaman berhampiran rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati…"

Mungkin bile kite sudah berkeluarga, mana mungkin kita sanggup untuk meninggalkan anak dan isteri di lembah yang tidak berpenghuni dan tidak mempunyai tanaman. Ayah dan suami mana yang sanggup melakukan hal yang demikian? Dalam Shahih Al-Bukhari,

diceritakan bahawa ketika Nabi Ibrahim ingin meninggalkan isterinya beserta anaknya itu, Hajar sempat mempersoalkan perbuatan Ibrahim. Beberapa kali si isteri mengulangi pertanyaan yang sama setelah melihat suaminya hanya diam membatu. Akhirnya, Hajar bertanya, "Allah-kah yang memerintahkan engkau melakukan hal ini (yakni meninggalkan aku dan Ismail di lembah yang tidak berpenghuni)?" Jawab Ibrahim, "Ya!" Mendengarkan jawapan itu, Hajar merelakan pemergian suaminya meninggalkan diri dan anaknya. Betapa tingginya keimanan si suami menurut perintah Yang Maha Kuasa, dan betapa taatnya si isteri apabila mendengar bahawa perintah itu datangnya daripada Yang Maha Bijaksana.Ternyata, kasih sayang yang terjalin antara mereka tidak menimbulkan sebarang bentuk keingkaran dalam hati mereka terhadap perintah-perintah Allah. Inilah bukti bahawa CINTA orang yg beriman terhadap Allah jauh melebihi cinta mereka terhadap selain dpNya. Meeka meletakkan keutamaan yg cukup tinggi dalam persoalan mencintai Allah. Sekalai lagi ingin berpesan kepada diri yg menulis dan yg membace agar jadikanlah CINTA anda pada Allah sebagai cinta yg paling utama. Tidak salah untuk kite mencintai ibu bapa, adik beradik, suami isteri, harta benda, tanah air dan sebagainya, asalkan kite tidak mebiarkan CINTA kite terhadap hal2 ini menjadi penghalang CINTA kite kp Allah. insyaAllah.

Atas sebarang kesalahan, penulis memohon maaf dan agar dapat diperbetulkan. Sesungguhnye pendapat ini berhak untuk diterima dan berhak untuk ditolak.

Sebagai penutup, ingin sekali lagi untuk ajak diri pembace bersama2 renungi ayat di bawah.

Katakanlah: "Seandainya bapa-bapa kamu, dan anak-anak

kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, dan

perniagaan yang kamu bimbang akan kerugiannya, dan tempat

tinggal yang kamu sukai, LEBIH KAMU CINTAI daripada ALLAH,

dan RASUL-NYA, dan JIHAD DI JALAN-NYA, maka TUNGGULAH

sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak

memberi petunjuk kepada kaum yang fasik."

– [At-Taubah, 9: 24] –

Waalhu’alam…

Rujukan:

  1. Al-Quran.
  1. Ar-Risalah4_Rabiulawal1429H
  2. perkongsian dari senior (Daurah Syahadatain)

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam..
kadang2 kita lupa cinta kita pada ALLAH adalah cinta yang paling membahagiakan..kadang2 kita lupa,cinta kepada ALLAH adalah cinta yang paling indah..

terima kasih atas artikel ini sahabat...cinta ini makin terasa setelah membaca artikel ini..

ukhwah selamanya..jzk

July 19, 2008 at 12:32 AM  
Blogger cluewang man said...

insyaAllah..same2 kite cari CINTA Allah.. CINTA yg hakiki..

July 19, 2008 at 4:49 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home