Thursday, July 10, 2008


Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain,aku menyambut kedatangan tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari
satu tempat ke satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan
penuh kesukaan, menjamuku
dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang palingku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa.
Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas
serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail,
jadi aku tidak dapat menghidangkanmu
dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku
segelas Air Mata
Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?
Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut.Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh
penuh! ya. Dan aku berdetik
didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan
berakhir?

Tanpa berlengah lagi
kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang
kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya, wahai Subuh". Subuh tersenyum lagi

menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi
yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau
menziarahiku lagi esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh."Waalaikumsalam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari
pandangan.

Terlintas difikiran ini apalah agaknya keluh kesah
dari Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak?Namun Jawapannya? tersirat dalam diri kita
sendiri.

Sama-samalah kita muhasabah solat dan amalan kita yang lain.Tanyalah diri kita bilakah kali terakhir kita menangis kerana takutkan Allah, bilakah kali terakhir kita khusyu dalam solat dan bilakah pula kali terakhr kita bangun malam utk bertahjjud kepadaNya..wallahua’lam...

di grab dr buletin Lu'Lu'..permata..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home