"Pencerahan bukan untuk orang manja"

Bismillahirrahmnirahim
Saat saya sedang mengira-mengira betapa betapa banyaknya tanggugjawab yang perlu dilaksanakan, saya bertemu dengan satu penulisan yang membuatkan saya terkedu.
Terkesima...
"Pencerahan bukan untuk orang manja" tajuknya.
.....................................................................................................................
Pencerahan bukan untuk orang manja
Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
......................................................................................
Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
"saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih.."
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
"amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya"


4 Comments:
hey... manja2? ish... tak boleh cam2... huhuhu
btl2.. kerje nie bkn utk org yg manja.. kerje nie kene serius..
mg Allah sentiase meredhai kite..amin
kalo camth...dakwah tuh ape? kalo smunenye bukan?
ape yang kte dapat kalo wat dakwah?
kalo orang tanye..`dah tuh, nape awak buat dakwah lagi kalo smunye BUKAN je...`.
kalo nk wat amalan baik je x yah dakwah pon bleh dapat pahala kan2?
bleh ke dakwah tuh ajak kebaikan je x menegah kemungkaran?
ana rase mungkin point plg utama nk di sampaikn penulis di sini adlh org yg manja dlm dakwah.smua tue dkwh, tp kite x nak "mensekularkn" dakwah tue. dlm erti kate lain kite nie terlalu manja. nie pndpt ana.
bg ana dakwah tue kite ajak manusia kembali kp Allah,masuklah kedlm Din secara keseluruhan.al-baqarah:208
bkn amek skit2 je..
ape yg kte dpt klo wat dkwh??
kami tidak menjanjikan ape2, kecuali pahala dr Allah jika anda ikhlas. juga syurga, jika Allah mengetahui ade kebaikan pd diri anda. Kami adlh org2 yg x mempunyai popularitas dan miskin popularitas. urusan kami hanyalah mengorbankan ape yg ade pd kami dan mengerahkn segala yg di tgn kami. setelah itu kami mengharapkan keredhaan Allah Ta'ala, Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik2 Penolong...rujukan buku dakwatuna.
insyaAllah buat amalan baik seorg diri je pn boleh dpt pahala tnpa wat dakwah.tp bagaimana dgn umat islam yg lain, x sayang ke dgn sesame islam.Rasulullah s.a.w buat dakwah, kite pn kenela contohi Rasulullah s.a.w. 10 org sahabat yg da dijanjikan syurga dan sahabat Rasulullah s.a.w yg lain pn sanggup berkorban buat dkwh.
salah klo dkwh tue ajak kebaikan je. dakwah tue msti dua2..ajak kebaikan dan cegah kemungkaran.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. al-imran:110
nie ayat suruh kite dakwah, ajak kp kebaikan, cegah kemungkaran..
klo ana ade kesilapan dlm memberi penjelasan nie hope leh dibetulkn.insyaAllah.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home