Sunday, October 5, 2008

Bateri yg di cas..


Sudah 5 hari kite meninggalkan Ramadhan. Namun, terasa sudah lama gak aku meninggalkan bulan yang penuh keberkatan itu. Bulan yang penuh dengan tarbiyah. Moga bateri yg aq cas nie dpt bertahan smpi bertemu dengan Ramdhan yg akan dtg.

Alhamdulillah kedatangan aidilfitri di sambut dgn meriah wlpn di perantauan bersama kawan-kawan. Aidilfitri yg mengembalikan manusia kepada fitrahnye, fitrah jasadiah dan rohaniah. Kembali kepada fitrah boleh diibaratkan seperti seorang bayi yg baru lahir, yg suci, yg tiada dosa, yg belum terpengaruh dgn persekitaran luar. Sesungguhnya aku mengharapkan agar menjadi ibadurrahman…

Pagi 4 syawal yg penuh keberkatan, banyak yg aq dan kawan2 yg bersama dgnku berbincang. Kini ku semakin sedar, akan tggjwb yg ku pikul nie, matlamat ku makin jelas, dan bagaimana care untuk melaksanakannye. Aq amat tertarik dgn perbincangan mengenai at-taawun.

“... Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” Al-Maidah:2

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas” Al-Kahfi:28


Jelasla di sini bahawa at-taawun itu merupakan paksi asas dalam sesebuah usrah dan amal-amalnye.. indah sungguh ukhuwwah yg terbina atr kami dpt ku rasekn. Mungkin rmi kwn2 yg x bersame kami pelik melihat kami. Ape yg ku pasti, ukhuwah ini terbina kerana dgn satu ikatan yg kukuh. Ikatan kerana Allah. “ana uhibbuka fillah ya akhi..” salah seorg sahabatku berkata.. insyaAllah.mg Allah merahmati kami smua.AMIN.

“Ya Allah ya Tuhan kami. Pada-Mu la segala pujian, Engkaulah pemelihara langit dan bumi dan segala isi kedua-duanya dan pada-Mu la segala pujian, Engkaula cahaya langit dan bumi dan smua yg ade pd kedua-duanye, Engkaula pemilik langit dan bumi dan smua yg ade pd kedua-duanye. Engkau adlh benar, janji Mu adlh benar, pertemuan dgn Mu adlh benar, kata-kata Mu adlh benar, syurga adlh benar, neraka adlh benar, nabi-nabi adlh benar, Muhammad s.a.w adlh benar, kiamat adlh benar. Ya Allah ya Tuhanku, pd Mu la aku menyerah diri, pd Mu la aku beriman, kepada Mu la aku berserah diri, bersma Engkaula aku berperang, kp Engkaula aku menghakimi, maka ampunkanla dosaku yg mula dan yg akhir, ape2 yg aku rahsiakan, apa2 yg aku nyatakan, dan ape yg Engkau lebih tau drpd ku mengenainya, Engkaula yg terawal dan Engkaula yg terakhir tidak ade Tuhan yg disembah melainkan Engkau”,
(Riwayat oleh enam rawi dgn lafaz al-Bukhari dan Muslim)

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

salam syawal dari bumi Dublin, Ireland. Jemput2lah singgah ke blog hamba.. :)

October 15, 2008 at 1:28 AM  
Anonymous Anonymous said...

ramai yang mengakui minum kopi yang di letak gula tuh sedap. patuh kte kate kat sesorang yang kate xsedap ble minum kopi. padahal orang tuh minum kopi tanpa gula.

tapi sebenarnye kopi yang sedap dapat dirasai tanpa gula.dan orang yang betol berusaha untuk merasai kopi itu. akan berusaha semampu mungkin untuk minum tanpa gula dan akan merasai kesedapan gula tuh.

so sape lah kte yang minum kopi plus gula ni nk mengakui sudah pandai merasai kesedapan kopi sebenar tanpa gula.

slamat beramal

October 16, 2008 at 11:41 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home