Yang Ditakuti

Yang Ditakuti
insyaAllah makna Ilah yg ketiga akan diterangkn dlm post kali ini.
Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).
2:165
Di akhir ayat ini, selepas Allah ceritakan mengenai cinta, Allah menceritakan pula mengenai azab. Lumrah manusia itu, bile sebut sahaja mengenai azab, pasti dia akan berase gerun. Sesungguhnye azab Allah itu amatla pedih. Ilah adalah sesuatu Yang Ditakuti iaitu Al-Marhub.
Allah berfirman: "Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut."
16:51
Jangan takut benda lain. Allah kate hendaklah kepada Allah sahaja kite perlu takut. Tapi menjadi lumrah manusia itu, dia pasti akan berase takut bile berhadapan dengan sesuatu yang menggerunkan. Contohnye bile berhadapan dengan harimau, pasti manusia itu akan lari. Sesungguhnye keimanan itu bukanlah sesuatu yg x logic, keimanan itu memang sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri.
Takut di sini dapat di bahagikan kepada 2 iaitu takut tabie dan takut syarie. Takut tabie adalah takut yang di bolehkan manakala takut syarie adalah takut yang tidak di bolehkan. Contoh takut tabie adalah seperti kita lihat harimau kita akan lari. Manakala takut syarie adalah takut dengan sesuatu benda sampai tinggalkan perintah Allah. Contohnye takut kene buang kerje jika solat.
Kita lihat bagaimane hebatnye sahabat Rasulullah s.a.w itu, mereka letakkan dunia itu di tangan mereka, bukan nye di hati mereka. Bile2 masa sahaja mereka boleh lepaskn dunia ini. Tapi, manusia pd hri ni rmi yg meletakkan dunia itu di hati mereka. Bile mereka di gertak atau di takut2kn, mereka cepat kalah, malah begitu sayang dgn dunia.
Sesuatu yg cantik di sini ialah jika kita takut pada manusia kita makin menjauhinye, tapi jika kita takut pd Allah, kita makin dekat pd Allah.
rujukan:
RASMUL BAYAN


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home