Wednesday, December 31, 2008

Tugas KITA..

Bismillah…
“Hari ini 230 pejuang di Gaza terbunuh dan lebih 700 cedera”, kata2 dari seorg sahabatku ketika kami di dalam bus perjalanan ke suatu destinasi. Tatkala itu, dengan serta merta air mata ku mengalir tanpa aku sedari dan lantas aku berdoa kepada Mu Ya Allah, agar saudara2 ku di Palestin terutamanya agar di selematkan dari cengkaman Israel yg dilaknat!!! Ya Allah bantulah pejuang2 islam penegak kebenaran.

Aku sedar, akan tujuan aku di ciptakan di dunia ini, sebagai khalifah (2:30) dan ibadah (51:56). Namun,aku lihat kawan2 disekeliling ku, masih leka dengan dunia ini. Dunia yang hanya sementara sahaja ini. Dunia yg penuh dengan permainan dan senda gurau. Tidakkah engkau sedar bahawa engkau akan di bangkitkan di akhirat dan setiap apa yg kamu kerjakan akan di tanya… tatkala aku mengingatkan kamu akan tujuan kita di ciptakan ini, tatkala itu jugala engkau selalu lari dari diri ni. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Tanpa kenal penat lelah jemu, aku akan sampaika firman Mu ya Allah.insyaAllah.

Aku perlu sedarkan kawan2 ku.. ayuh bangkitlah sahabatku dari lena yg panjang… bersama2 la kita di dalam satu saff yg teratur rapi untuk mengikut jejak langkah junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w… kita perlu sedarkan umat islam, islam bukan setakat solat,puasa,zakat, haji.. islam bukan setakat kita jadi baik seorang diri. Malah islam lebih dari itu, Mahukan kita ape yg berlaku di palestin berlaku pada kite??? Satu persoalan yg aku mahu kamu sendiri menjawabnya… Sesungguhnya, sesiapa yg tidak ambil peduli akan hal umat ini, dia bukan dr kalangan umat ini…


1 Comments:

Blogger fareast said...

betul2, jangan sampai perkara yang sama terjadi di Palestin terjadi di Malaysia. Sama-sama kita tegakkan Islam.

January 2, 2009 at 4:16 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home